Sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly sering terpalit dengan dakwaan yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan songsang, digelar ‘orang gila’ serta menuntut ajaran sesat.
Namun kini, Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila tampil dengan imej yang dikatakan ‘normal’.
Menerusi sebuah hantaran video di laman TikTok, Iqram dilihat menjawab beberapa soalan rawak termasuk sama ada kembali atau melupakan saja bekas kekasih.
No such things getback, buang masa je. Bagi saya benda yang dah berlalu, biarkan berlalu. Mati dah semua benda tu.
@asrikamarudin Muka agak barai sikit ya. Baru settle share rezeki bersama sahabat kita di Pekan Ipoh. Apa pendapat korang? #joedoh
Yang penting kita hidup sekarang, menuju kedepan. Jadi tiada istilah untuk getback to ex. Kita back to Allah lagi better.
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji pelakon berusia 41 tahun itu yang dilihat semakin kacak berambut pendek dan berpakaian kemas.
Malah, ada juga sesetengah netizen yang memuji kata-kata dan perubahan yang dilihat pada diri Iqram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.