Menerusi perkongsiaan bekas Ratu Cantik Russia iaitu Rihana Oksana Petra di Instagram baru-baru ini, dia telah berkongsikan bahawa tanggal 23 November telah genap empat tahun perkahwinannya di Moscow, Rusia.
Rihana mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin selama hampir setahun biarpun dia bersama bekas suami sudah berpisah lebih awal.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia berasa terseksa dan merasakan kehidupannya seolah-olah sudah berakhir selepas majlis perkahwinan yang sepatutnya untuk kenalan rapat menjadi public.
View this post on Instagram
Saya tidak tahu mana hendak lari dan apa yang perlu dilakukan seterusnya- pengkhianatan oleh suami saya, kehamilan yang sukar, ugutan, serangan di media.
Biarpun hantaran tersebut mahu berkongsikan keseksaan yang dilalui semasa mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, ada juga sesetengah netizen berharap agar Rihana meneruskan kehidupan dan tidak mempedulikan hal lalu.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang teruja menunggu Rihana menghasilkan buku berkenaan kisah hidupnya itu kerana di dalam kapsyen hantaran tersebut, dia ada berkata akan menghasilkan buku satu hari nanti agar orang ramai dapat mengetahui lebih dalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.