“Dia Dah Biadap Sangat” – Asyik Cabar Banyak Kali, Ira Kazar Akhirnya Disaman Puteri Sarah

Hiburan

“Dia Dah Biadap Sangat” – Asyik Cabar Banyak Kali, Ira Kazar Akhirnya Disaman Puteri Sarah

Puteri Sarah dilaporkan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menganggu rumah tangga dan cuba menjatuhkan maruahnya.

Menurut Sarah, tindakan itu diambil selepas individu berkenaan yang juga orang ketiga punca keruntuhan rumah tangganya itu telah mencabarnya beberapa kali untuk menyaman.

Advertisement

Maklum pelakon dan model berusia 37 tahun itu lagi, tujuan utamanya adalah bagi mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar namun dia hanya diam sahaja selama ini.

Dia kata pada saya bila mahu saman? Dia minta peguam saya bertindak laju kerana sudah meluat. Maka seperti yang diminta, hari ini lah.”

Sarah telah hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama wakil peguamnya bagi menyambung kertas kes yang dibuka sebulan lepas.

Jelas Sarah, dia sudah berulang kali berusaha untuk tidak besarkan isu terbabit serta turut cuba untuk selesaikan secara baik.

Namun, selepas empat tahun berdiam sambil cuba selesaikan tanpa melibatkan ramai pihak, dia akui akan memperjuangkan haknya.

Sarah juga berkata dia memang ada niat untuk bertindak, tetapi masih fikir panjang tentang kesan dan akibat padanya dan orang sekeliling.

Akuinya lagi, sebelum ini dia tidak mahu membabitkan mahkamah atau saman menyaman kerana hal itu melibatkan kewangan.

Namun menurutnya, kerana individu tersebut sudah sampai tahap terlalu biadap meskipun dia sudah guna cara lain untuk selesaikan isu antara mereka.

Saya asyik dicabar, orang asyik ingat saya main-main sekarang saya kata Now Let’s Go, Let’s Play This Game.”

Pihak Sarah telah memfailkan tindakan berhubung gangguan kepadanya di mana perintah tersebut meminta defendan untuk berhenti menyebarkan atau mengeluarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial.

puteri sarah tak kisah suami kahwin lagi
3 years ago

"Kalau Betul..." - Tersebar 'Rumor' Syamsul Yusof Dah Bertunang, Ini Respon Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...