“Dia Dah Bersalin, Saya Masih Hamil..” Datuk Fazley Tekad Kurus, Berjaya Turun 30kg

Hiburan

“Dia Dah Bersalin, Saya Masih Hamil..” Datuk Fazley Tekad Kurus, Berjaya Turun 30kg

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob khabarnya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih kurang 30 kilogram.

fazley yaakob
3 years ago

'Kek Paling Tak Sedap!' - Fazley Yaakob Anggap Komen Biadap Sebagai Teguran Untuk Dirinya

Advertisement

Jelas Fazley, berat badannya mula naik kerana asyik menghabiskan makanan yang dipesan isterinya ketika hamil dahulu.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Saya sendiri dah lalui, naik badan mendadak sebab teman isteri mengandung. Dia makan, saya teman makan. Dia tak habis makan, saya habiskan. Dia order makan tapi tukar fikiranm tetap saya tukang habiskan. Masalahnya bila dia bersalin, saya masih pregnant.

Tambah Fazley, dia kini bertekad untuk menjaga pemakanan serta mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam setiap hari.

Meskipun begitu, dia berkata masih ada gangguan sepanjang proses menurunkan berat badan seperti faktor usia dan kerjayanya sebagai tukang masak.

Dalam hantaran tersebut, Cef Fazley turut berkongsi foto bentuk tubuh badannya sebelum dan keadaan semasa proses menurunkan berat badannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...