Sebelum ini, tindakan empat orang gadis memperlekehkan bahasa Inggeris bekas teman lelaki salah seorang rakan mereka menerima kecaman yang hebat daripada warganet.
Sedar dengan kecaman yang diterima, salah seorang daripada 4 orang gadis itu tampil perjelaskan hal sebenar.
Melalui screenshot yang dikongsikan di satu akaun Twitter, wanita terbabit meminta agar video mereka dipadam dan berhenti dari menyebarkan ia agar netizen tidak terus-menerus membenci mereka.
Wanita berkenaan turut berkata mereka mempunyai alasan memuat naik video ‘mengejak’ bahasa Inggeris lelaki terbabit kerana sudah sering kali berlaku curang.
Dalam pada itu, dia turut memohon maaf jika tindakan mereka berbuat sedemikian dianggap melampau dan tidak sangka video itu akan dimuat naik dalam TikTok.
Sekadar info, seorang wanita yang berada dalam kereta membaca satu mesej dengan kuat sebelum disambut dengan gelak tawa rakan yang lain dan sempat menyatakan bahawa rasa geli dengan lelaki yang bodoh.