Sedia maklum, tindakan anak penyanyi hebat, Datuk Nora Ariffin iaitu Dahlia memilih membuka tudung telah pun mendatangkan rasa kurang senang di kalangan warganet.
“Dia dah baligh pun, tahu apa baik dan tidak”
Sebagai ibu, Nora memberitahu dirinya hanya mampu memberikan nasihat dengan cara baik kepada Dahlia serta menghormati keputusan anaknya itu.
Dia dah baligh pun, tahu apa yang baik dan tidak. Kita nasihat, tapi keputusan kepada dia. Saya yakin sebagai anak ada ilmu agama, satu masa nanti dia nampak jalan yang terbaik itu.
Tak baca kecaman netizen
Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut berkata dirinya dan keluarga tidak memberi perhatian serius terhadap kecaman yang dilontarkan oleh warganet susulan keputusan Dahlia.
Kami memang kurang baca komen, baca sikit sahaja.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, sebagai ibu, Nora mendoakan anak perempuannya serta menasihati dengan cara yang baik.
Sekadar info, Dahlia sebelum ini membuat ramai terkejut susulan tampil di satu anugerah dengan penampilan baru, di mana tidak lagi bertudung dan mempunyai rambut berwarna terang.