Anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel, 31, baru-baru ini, mendakwa hubungannya bersama bapa telah terputus sejak sekian lama.
Anak dakwa Zainal masih tak hubungi
Dapat dilihat dalam sebuah podcast, Timur mengatakan mereka menyimpan nombor telefon masing-masing tetapi tidak pernah berhubung, malah mendakwa Zainal tidak mahu mengambil tahu tentang dirinya lagi.
Dia memang tidak menghubungi saya atau mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya. Kalau kami berhubung, dia cuma tanya ‘adakah saya solat?’.
View this post on Instagram
Seolah-olah tiada usaha untuk berbaik
Dalam pada itu, Timur juga mendakwa konflik yang berlaku sudah berlaku lama tetapi dia mengakui seolah-olah tiada usaha, mahupun niat untuk kembali berhubung dengan Zainal.
Sebelum ini, anak perempuan Zainal mendedahkan penyanyi tersebut sudah lama tidak menghubunginya dan kali terakhir Zainal memberi ucapan hari lahir serta hari raya adalah ketika dia berumur sembilan tahun.