Siapa sangka, benda yang bermula sebagai hobi membaiki kasut lama-kelamaan menjadi minat bagi seorang tukang kasut dan akhirnya memberi pulangan yang lumayan untuknya.
Seorang tukang kasut di RH Plaza di Jalan Lapangan Terbang Kuching, Jamaluddin Hamdan, 49, berkata dia puas berkhidmat untuk masyarakat biarpun khidmatnya itu dipandang hina oleh sesetengah pihak.
Kerja tukang kasut sebab nak tolong orang dan dari hobi jadi sumber pendapatan
Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang, yang pertama sebab nak tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mempunyai pendapatan.
Kalau kasut rosak sikit tak akan nak buang. Kalau kaya tak kisahlah..
Contoh macam hobi memancing tak ada pendapatan, kalau ada duit banyak tak kisah sebab dengan kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut (terutama jenama mahal) rosak sikit tak akan nak buang kalau kaya tak kisahlah
Rezeki Allah yang bagi.. Kena solat terutama solat sunat dhuha agar murah rezeki..
Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.
Kalau tak solat..rezeki yang dapat tak akan rasa nikmat..
Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak
Jadi tukang kasut orang tak pandang..budak sekarang suka melepak merata-rata..
Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak nak kerja kotor macam ini.
Mungkin orang senang.. minta je kat mak ayah dapat.. tak perlu bekerja..
Mungkin kerana mak (dan) bapa mereka dari kalangan orang senang, jadi mereka pagi buka tangan (minta duit) ayah bagi, petang buka tangan mak bagi jadi sebab itu mereka (anak) rasa tak payah kerja.
Remaja zaman sekarang malu kerja macam ini..
Kalau nak kata kotor memang laa kotor, mungkin sebab itu remaja zaman sekarang malu kerja macam ini.
kredit : suaratv