Kecoh apabila tularnya rakaman video panas dan mengghairahkan seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin.

Terkejut dengan penyebaran video berkenaan, rata-rata peminat mula menyerang akaun Instagram Zul untuk meminta penjelasan. Bagaimanapun, aktor itu bertindak menutup akaun media sosialnya itu.
Kehilangan Zul mencetuskan pelbagai persoalan. Adakah benar dia menutup akaun Instagramnya gara-gara kontroversi video panas tersebut?
Zul berehat seketika

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC), mereka memberitahu akaun Instagram Zul tidak digodam oleh mana-mana pihak.
Ia dinyahaktifkan kerana Zul mahu berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

Terdahulu, netizen dikejutkan dengan penyebaran video panas seorang lelaki bertubuh sasa mirip pelakon Zul Ariffin. Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan dilihat dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya. Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik hotel itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.
Sumber Berita : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.