Isu tragis membabitkan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, tuai perhatian meluas sejak insiden tersebut berlaku dengan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan kes buli yang tiba-tiba mencetus tangisan masyarakat.
Doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, menyifatkan tindakan selebriti sebagai pemangkin penting kepada kesedaran masyarakat.
Sebagai doktor yang sering berdepan kes buli, saya berdiri teguh di belakang selebriti, netizen dan masyarakat yang prihatin terhadap nasib Zara serta mahu tegakkan keadilan. Mereka adalah penggerak kesedaran iaitu mata masyarakat atau ‘watchdog’ yang memantau setiap pergerakan kes itu.
Tanpa gesaan atau ‘perjuangan’ selebriti, mungkin kes ini tidak berjalan atau dibincangkan secara serius seperti sekarang. Mungkin juga tanpa suara lantang selebriti, kes ini boleh didiamkan begitu sahaja.
Beliau turut menyatakan inspirasi yang diperoleh daripada kejujuran dan keberanian Rozita Che Wan dalam membongkar persoalan kritikal
Sejak awal kes ini jadi bualan, saya lihat Che Ta adalah antara artis yang cukup lantang bersuara membela nasib Zara. Kiranya Che Ta buka mata masyarakat dalam isu ini…
Jika saya sebelum ini berdepan dengan mangsa buli hanya di klinik, keberanian Che Ta bersuara dan membela nasib Adik Zara telah memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada orang ramai untuk menuntut keadilan secara terbuka.
@rozitachewan1 Kita qedah ja beqenang dgn kaftancheta !!!! Bukan ada org nak maqah pun ! Siap boleh jadi pelampong lagi ? . #kaftancheta #cheta #rcw #rozitachewan . @Dmanggis Janda Baik
Sebagai tambahan, Dr Afif menyeru semua pihak agar memberi kerjasama dan tidak menyebar khabar angin yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.