Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi kisah dia terpaksa menarik diri selepas teman wanitanya meminta wang hantaran sebanyak RM50,000.
Menerusi aplikasi Threads, selain wang hantaran yang tinggi, dia turut mendedahkan sebab lain mengapa dia mengambil keputusan untuk menarik diri kerana ramai yang lebih memberi tumpuan terhadap jumlah wang hantaran yang diminta.
View on Threads
Saya faham yang menolak seseorang pun susah, sebab buat orang kecewa bukanlah satu perasaan yang baik. Akan tetapi, lebih baik daripada terus mengecewakan untuk masa yang lama.
Saya tak sangka ramai yang fokus dengan RM50,000, tetapi isu ini lebih dalam berbanding wang tersebut.
Dia menjelaskan bahawa dia sedar wanita tersebut hanya berminat untuk ada hubungan dengannya, namun tidak berminat dengan dirinya yang sebenar.
Katanya, wanita itu terlalu cepat memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ dan ketika berbuat, hanya dia yang bertanya soalan.
Bila saya minta dia pula untuk tanya apa-apa soalan, jawapan dia senang yang mana dia cakap ‘saya tak tau tanya soalan, awak la tanya, saya lagi suka jawab.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa dia membuat pilihan yang tepat untuk tidak meneruskan hubungannya dengan wanita tersebut dan ada yang menganggap jumlah wang hantaran yang diminta sebagai satu pembaziran.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.