Dia Cari Rezeki Kuat, Bantu Emak Dan Adik – Ustaz Ebit Lew Kongsi Kebaikan Arwah Abam

Hiburan

Dia Cari Rezeki Kuat, Bantu Emak Dan Adik – Ustaz Ebit Lew Kongsi Kebaikan Arwah Abam

Semalam, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.

abam bocey

Advertisement

Arwah dikenali sebagai seorang yang sangat baik hati, peramah serta mesra dan pemergiannya secara mengejut  bukan sahaja sukar untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan tetapi turut memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Ratusan hadir solat jenazah Abam

ratusan solat jenazah abam bocey solat jenazah abam bocey solat jenazah abam bocey

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di media sosial, dapat dilihat ratusan hadir memenuhi masjid Gombak Utara bagi bersama-sama menunaikan solat jenazah buat Abam.

Sahabat yang baik, kuat cari rezeki untuk ibu dan adik 

Turut berduka dan berkongsi ceritanya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi akaun Instagramnya menceritakan tentang keperibadian arwah.

Abam sering menyuarakan hasratnya untuk ikut berdakwah dan merupakan seorang anak yang baik, berusaha kuat mencari rezeki untuk membantu emak dan adik beradiknya.

abam bocey

Betapa mulianya pemergiaan Abam ramai sungguh yang datang solat jenazah. Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seperti solat Jumaat. Ramai orang yang sayangkannya. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai atas kehilangan Abam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...