Melalui laporan mStar, pelakon, Ozlynn mengakui kehidupannya kini sudah semakin tenang selepas membuat keputusan untuk mengenakan hijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada tahun lalu.
Hidup lebih tenang lepas berhijab
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail, biarpun masih menyesuaikan diri dengan imej bertudung, dia tetap sangat bersyukur kerana penghijrahannya dipermudahkan.
Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.
Katanya, pada permulaan memakai hijab, memang susah untuk digayakan lagi-lagi kerana dia suka bersukan tetapi lama-kelamaan, sudah selesa dengan imej seperti itu.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut meluahkan rasa tidak sangka rezeki berlakon semakin bertambah-tambah selepas dirinya berhijab.
Banyak tawaran berlakon selepas berhijrah
Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan.
Tambahannya lagi, dia turut memohon doa orang ramai untuk dirinya kekal istiqamah serta berkongsi kata-kata menyentuh hati daripada suaminya, Johan.
Dia kata ‘pakai kerana Allah, jangan pakai kerana saya sebab saya boleh melukakan awak’ dia cakap macam tu. Daripada dulu lagi dia dah encourage cuma dia tak ada paksaan.