Selepas isu Shila Amzah diherdik oleh penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search tular, penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar turut tampil memberi perkongsian pengalaman masa.
Pelakon senior herdik dan hina
Menurut Adzrin, 40, dia meluahkan rasa kecewa selepas berdepan dengan layanan yang tidak baik selepas dihina oleh seorang pelakon senior tanah air.
Difahamkan, salah faham tersebut mula timbul selepas dia menjawab beberapa soalan yang diajukan secara profesional.
View this post on Instagram
Bukan menjawab untuk melawan atau buat dia rasa terancam. Tapi dia kata saya tak boleh mengajar dan tak setanding dengan dia dah lima dekad dalam industri. Malah dia juga cakap yang dia alergi dengan saya.
Minta pihak produksi gugurkan nama
Dalam pada itu, Adzrin berkata pelakon berkenaan bukan saja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa agar pihak produksi menggugurkan namanya daripada sebuah projek seni yang sedang dirancang.
Saya memang malu ketika dia buat begitu. Hari ini saya diberitahu yang memang nama saya digugurkan sebagai tenaga pengajar program berkenaan.
Walaupun diperlakukan sedemikian, penyanyi terbabit mengambilnya daripada sudut pandangan yang positif dan menganggap semua yang berlaku ada hikmah sendiri.