Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dia Burukkan Nama Saya Kerana Putus Cinta Dengan Kekasih – Ezany Nizariff

Semalam isteri kepada Ezany Nizariff iaitu Lizda Nuryanti telah mendedahkan setiap perkara yang berlaku didalam rumah tangga mereka selain mendakwa pelakon serta usahawan itu seorang penipu dan sering menjaja cerita tidak benar mengenainya yang melarikan diri bersama lelaki lain.

Walaubagaimanapun, Ezany menerusi mStar Online berkata Lizda tampil membuat kenyataan yang kurang bijak selepas lama menghilangkan adalah kerana kekasih beliau sudah meninggalkannya dan berkahwin dengan orang lain.

Advertisement

Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula.

Ezany juga menafikan setiap kenyataan yang dibuat oleh Lizda dan mempercayai bahawa wanita itu mempunyai niat tertentu.

Advertisement

Pendedahan Lizda itu membuatkan wanita yang rapat dengannya dikenali sebagai Datin Paduka K turut terkena tempias kemelut masalah rumah tangganya itu.

Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu.

Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat.

Nampaknya masalah antara Ezany Nizariff dan isterinya Lizda akan berpanjangan dan lebih rumit. Kalau asyik berbalas kenyataan seperti ini sudah tentu sukar untuk menemukan jalan penyelesaian.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top