Siapa sangka hal jadi di dalam filem ataupun drama boleh menjadi kenyataan selepas individu wanita ini mendakwa dirinya dibuli oleh seorang pelakon wanita popular yang kini sedang ‘viral‘.
Pada awalnya, wanita tersebut membalas tweet individu lain yang berasa simpati atas apa yang sedang dilalui oleh suami pelakon tersebut ketika ini dengan nada perli.
Melalui ciapan lain yang dibuat, wanita tersebut berkata sewaktu di bangku sekolah dia telah dibuli secara mental, malah pelakon terbabit melakukan gangguan seksual terhadapnya dengan menyentuh dada wanita tersebut tanpa izin.
Kerana mahu menunjuk bukti bahawa dia benar-benar satu sekolah dengan pelakon itu, wanita terbabit telah memuat naik gambar sekelas dengan pelakon terbabit.
Disebabkan sering dibuli oleh pelakon wanita berkenaan, dia merayu pada ibunya untuk pindah ke sekolah lain dan pernah menyimpan hasrat untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan.
Tweet tersebut telah meraih perhatian yang cukup hebat dan netizen meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pendedahan wanita tersebut. Tetapi barangkali enggan memperbesarkan keadaan, dia meminta agar netizen untuk tidak ‘serang’ pelakon terbabit kerana masih berasa simpati melihat keadaan pelakon itu ketika ini.