Pelakon sensasi, Syafiq Kyle meluahkan rasa teruja dan gembira melihat perkembangan adiknya, Syazwan Razak, yang kini bertugas sebagai salah seorang penyampai radio di Radio ERA.
Menurut Media Hiburan, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata dia akan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam apa jua bidang diceburi oleh adiknya.
Saya sangat gembira dengan apa yang dia tengah lakukan sekarang. Dia bukanlah nak ikut saya sangat tapi lebih kepada nak cari apa yang dia mampu buat.
Mungkin masa dia membesar daripada sekolah sampai sekarang, dia lihat keberadaan saya dalam industri.
Saya pun ada kongsi kebaikan dan keburukan dalam industri sama ada bergelar pelakon, personaliti TV mahupun penyampai radio.
Pelakon itu turut berkata, dia percaya adiknya itu mampu untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran yang mendatang dalam industri seni.
Dalam pada itu, dia memilih untuk mengabaikan sesetengah pihak yang mendakwa adiknya itu mungkin menggunakan pengaruhnya untuk berada dalam dunia seni.
Tak kisah pun sebenarnya, adik Syafiq Kyle atau adik sesiapa pun, segalanya bergantung kepada rezeki.
Saya percaya, jika dia betul-betul ada bakat, tak perlu pun guna nama saya. Segalanya adalah keputusan individu.
Baru-baru ini, Syazwan telah diumumkan selaku penyampai baharu Era dan akan mengendalikan segmen pada hujung minggu.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.