Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Bukan Seorang Yang Panas Baran..” Nafi ‘Back Up’, Saiful Apek Minta Beri Ruang Buat Lan Pet Pet

Saiful Apek

Pelakon dan juga pelawak, Saiful Apek yang lebih dikenali sebagai Apek Senario berkata dia sebenarnya tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang melibatkan rakan seperjuangan Lan Pet Pet itu tular sehinggalah diberitahu oleh orang lain.

Ujar Saiful, dia juga tidak menghubungi Lan untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai insiden yang tular di media sosial, semalam.

Advertisement

Tambah pelakon filem Sifu Dan Tongga ini lagi, dia lebih suka untuk memberi sahabatnya itu ruang kerana tidak tahu apa yang dia sedang lalui.

Saiful ApekSumber : NST  

“Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat jatuh hukum. Kami (Senario) dah macam keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi memang akan biarkan keadaan sejuk dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap..”

Saiful yang ditemui media baru-baru ini turut memberitahu bahawa sepanjang perkenalannya dengan Lan Pet Pet, sahabatnya itu bukanlah seorang yang panas baran atau cepat melenting.

Advertisement

Ujarnya lagi, pasti ada sesuatu yang telah terjadi sehingga menyebabkan insiden itu terjadi di luar kawalan.

Lan Pet PetSumber : Google  

Terdahulu, tular sebuah video pendek di mana kelibat individu seperti Lan Pet Pet bertindak memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan di mana Lan telah merangkul leher dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan orang awam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. siti kelesum

    May 5, 2021 at 3:40 pm

    siapa pernah tgk wakenabeb zaman adlin aman ramli tu mesti tau. ternampak perangai sebenar lan petpet

  2. tecit

    May 5, 2021 at 2:34 pm

    hmm bile apek ckp gini baru aku rase btol la. mesti bersebab tu. yg merekod pon separuh je. tau2 dah meletop. prosesnye xde rekod. so xboleh nk judge sbb xtau keseluruhan cerita. apa2 pon kmi menunggu feedback mu lan petpet.

  3. penasihat

    May 5, 2021 at 2:33 pm

    adalah tu sebab kenapa jadi mcmtu ..xkn saja2 dia nk pukul..kena fikir dr sudut positif tu ja..tunggu ja dia bg penjelasan..kt mana tau apa..jgn buat kesimpulan yg bukan2 sbb ALLAH xuji diri kt sampai tahap mcmtu..

  4. Anonymous

    May 5, 2021 at 2:27 pm

    Kalau bukan panas baran, still cara dia tu salah. Kalau the other party physically berkasar, kenapa kena camtu? And this happened years ago, dia bawak keta pun cam hantu jugak. Saya sendiri tgk. Tapi nak bersangka baik, mungkin jiwa kacau time tu ker aper.

  5. anonymous

    May 5, 2021 at 1:21 pm

    sampah jijik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top