Pelakon dan juga pelawak, Saiful Apek yang lebih dikenali sebagai Apek Senario berkata dia sebenarnya tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang melibatkan rakan seperjuangan Lan Pet Pet itu tular sehinggalah diberitahu oleh orang lain.
Ujar Saiful, dia juga tidak menghubungi Lan untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai insiden yang tular di media sosial, semalam.
View this post on Instagram
Tambah pelakon filem Sifu Dan Tongga ini lagi, dia lebih suka untuk memberi sahabatnya itu ruang kerana tidak tahu apa yang dia sedang lalui.
“Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat jatuh hukum. Kami (Senario) dah macam keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi memang akan biarkan keadaan sejuk dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap..”
Saiful yang ditemui media baru-baru ini turut memberitahu bahawa sepanjang perkenalannya dengan Lan Pet Pet, sahabatnya itu bukanlah seorang yang panas baran atau cepat melenting.
Ujarnya lagi, pasti ada sesuatu yang telah terjadi sehingga menyebabkan insiden itu terjadi di luar kawalan.
Terdahulu, tular sebuah video pendek di mana kelibat individu seperti Lan Pet Pet bertindak memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan di mana Lan telah merangkul leher dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan orang awam.