“Dia Bukan Pukul Orang, Saya Tak Nampak Apa Salah” – Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pertahan Aksi Silat Depan Masjid Nabawi

Kehidupan

“Dia Bukan Pukul Orang, Saya Tak Nampak Apa Salah” – Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pertahan Aksi Silat Depan Masjid Nabawi

Susulan isu beberapa individu didakwa dari Malaysia yang melakukan aksi silat sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) tampil membuat kenyataan mempertahankan tindakan tersebut meskipun dikecam hebat masyarakat.

Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah merasakan bahawa individu yang melakukan aksi berkenaan hanyalah sekadar memaparkan budaya ataupun entiti orang Melayu selain tidak melanggar sebarang adab atau ketika di tanah suci.

Advertisement

Selagi mana apa yang dipamerkan itu benda yang baik sebab itu bukan waktu solat dan ia di dewan luar bukan dalam Masjid Nabawi itu sendiri. Jadi itu di luar, ia menggambarkan sesuatu yang baik iaitu identiti kita kerana mereka berpakaian busana silat.

Jadi mereka berpakaian beradab dan tak buat perkara yang melanggar dari segi adab dan etika kita sebagai orang Melayu dan Islam.

Silat mempunyai kedudukan yang tinggi dan wajar dihormati

Ujarnya lagi, seni silat mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam dan wajar dihormati semua pihak.

Di negara kita, masjid menjadi tempat membawa silat untuk menyemarakkan masjid. Jadi apa salahnya orang silat buat tetapi dengan adab dan etika dan dia menunjukkan sesuatu yang baik.

Dia bukan bergaduh dan pukul orang, dia cuma mempamerkan nilai budaya kita bukan buat benda di luar budaya kita sebab silat itu budaya kita dan pakaian itu sendiri pakaian budaya kita.

Hentikan budaya mengecam

Tambah Maideen, budaya memburukkan nilai-nilai Melayu di mata dunia perlu dihentikan segera terutamanya kepada seni silat.

Saya tak nampak apa salah, kenapa pakai baju songket kat sana tidak boleh? Selagi mana dia menutup aurat dan menepati syariat Islam jadi pada saya tak ada sesuatu yang mencemarkan maruah dan imej manusia. Saya rasa kecam mengecam ini perlu dihentikan segera.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang merasakan perbuatan itu sebagai tidak menghormati kesucian tanah haram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

polis trafik RM100
11 months ago

(VIDEO) "Memalukan Malaysia" - Anggota Polis Trafik 'Minta RM100' Dalam Klip Video Tular Disiasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...