“Dia Bukan Perompak Yang Bagus..” – Lelaki Ceroboh Restoran Ditawar Kerja Oleh Pemiliknya

Dunia

“Dia Bukan Perompak Yang Bagus..” – Lelaki Ceroboh Restoran Ditawar Kerja Oleh Pemiliknya

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya supaya kesalahan yang sama tidak akan berulang kembali.

Namun, seorang pemilik restoran di Georgia mengambil keputusan untuk tidak memberi hukuman kepada seorang lelaki yang cuba menceroboh dan merompak restoran miliknya.

Advertisement

Pemilik restorang yang dikenali Carl Wallace memaafkan lelaki itu dan tidak membuat laporan polis ke atas dirinya malah dia juga telah menawarkan pekerjaan buat perompak lelaki itu.

Menurut Wallace, dia menyedari kejadian rompakan itu pada waktu malam dan membuat pemeriksaan kamera keselamatan (CCTV) yang dipasang.

“Tiada polis, tiada soalan. Saya hanya ajak dia duduk dan cuba baiki kerosakan yang dilakukannya”.

“Saya menyedari bahawa dia bukan perompak yang bagus, mesti ada kerjaya lain yang lebih sesuai untuknya”.

Kemudian, dia berkongsi nombor telefon dan meminta perompak tersebut untuk memohon kerja dengannya.

Kisah itu turut dikongsi di Facebook dan rata-rata warga maya memuji tindakannya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...