“Dia Bukan Orang China”, Penunjuk Perasaan Hong Kong Tersilap Belasah Pelancong Jepun

Trending

“Dia Bukan Orang China”, Penunjuk Perasaan Hong Kong Tersilap Belasah Pelancong Jepun

Protes di Hong Kong masih lagi berlarutan sehingga kini dan keadaan semakin bertambah buruk. Terbaru, seorang pelajar ditembak oleh pihak polis dan seorang lelaki dibakar hidup-hidup oleh penunjuk perasaan. Dua insiden ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Hong Kong di sana.

Baca: Protes Hong Kong Pelajar Ditembak Polis, Orang Awam Dibakar Penunjuk Perasaan

Advertisement

Yang terbaru pula, penunjuk perasaan di sana menimbulkan kekecohan apabila telah membelasah seorang pelancong Jepun. Semua ini gara-gara mereka menyangka dia adalah masyarakat asli China.

Mangsa adalah pelancong Jepun

penunjuk perasaan
penunjuk perasaan
Semuanya bermula apabila pelancong Jepun itu lalu di kawasan Argyle Street dan Nathan Road dimana penunjuk perasaan berkumpul. Mungkin sebab melihatkan wajah pelancong yang seakan dari China, mereka terus membelasahnya tanpa usul periksa.

Gambar pelancong yang berlumuran darah itu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Pelancong ini disahkan sebagai warga Jepun oleh Menteri Toshimitsu Motegi di sana. Mangsa kini sedang dirawat di hospital kerana kecederaannya itu.

hong kong
hong kong
Nasib baik juga semasa kejadian, pasukan perubatan sempat memberikan rawatan kepada mangsa. Tak semena-mena dipukul hanya sebab rupanya seakan rakyat China. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak melancong ke Hong Kong buat masa ini sebagai langkah keselamatan.

Protes di Hong Kong bermula apabila rang undang-undang ekstradisi diperkenalkan. Untuk tahu selanjutnya, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong Sehingga Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...