Protes di Hong Kong masih lagi berlarutan sehingga kini dan keadaan semakin bertambah buruk. Terbaru, seorang pelajar ditembak oleh pihak polis dan seorang lelaki dibakar hidup-hidup oleh penunjuk perasaan. Dua insiden ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Hong Kong di sana.
Baca: Protes Hong Kong Pelajar Ditembak Polis, Orang Awam Dibakar Penunjuk Perasaan
Yang terbaru pula, penunjuk perasaan di sana menimbulkan kekecohan apabila telah membelasah seorang pelancong Jepun. Semua ini gara-gara mereka menyangka dia adalah masyarakat asli China.
Mangsa adalah pelancong Jepun


Gambar pelancong yang berlumuran darah itu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Pelancong ini disahkan sebagai warga Jepun oleh Menteri Toshimitsu Motegi di sana. Mangsa kini sedang dirawat di hospital kerana kecederaannya itu.


Protes di Hong Kong bermula apabila rang undang-undang ekstradisi diperkenalkan. Untuk tahu selanjutnya, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong Sehingga Kini