Sebentar tadi, sesi berdamai di antara Farid Kamil dan Diana Danielle telah berlangsung dan pengarah tersebut mendakwa wujudnya pihak ketiga dalam masalah rumah tangga mereka.
Dakwa Farid, dia sudah tahu tentang kehadiran orang ketiga itu sejak tahun lepas namun hanya baru-baru ini perkara tersebut disahkan.
Terus diasak dengan dakwaan tersebut, aktres filem Imaginur itu bagaimanapun menafikan tuduhan suaminya dan menegaskan bahawa ia adalah fitnah.
Malah, dia turut mendedahkan bahawa Farid telah menghilangkan cincin kahwin mereka lapan tahun lepas dan hanya menggantikan dengan yang baru pada hari ini.
Baru hari ini dia nak beli balik cincin perkahwinan kami. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau kantoi (ada orang ketiga) kenapa nak beli bunga?”
Diana turut berkata Farid sebenarnya bukan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 2012 tetapi hanyalah mahu menyelamatkan mukanya semata-mata.