Sejak semalam, ramai netizen kita meluahkan rasa marah terhadap pelawak wanita dari Singapura selepas videonya tular di media sosial.
Menerusi video itu, Jocelyn Chia yang membuat stand up comedy telah memperlekeh tentang status Malaysia dan membandingkan dengan Singapura yang kini merupakan first world country.
Lebih teruk lagi, dia dilabel tiada empati kerana membuat lawak jenaka tentang tragedi MH370 ketika membuat persembahan di New York itu.
Terbaru, kerajaan Singapura telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tindakan Jocelyn yang dianggap melampau itu.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sangat terkejut dengan komen yang dibuat oleh wanita itu dan ia tidak mencerminkan pandangan rakyat Singapura yang lain.
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.”
Dalam pada itu, ketika ini nama pelawak terbabit sedang hangat menjadi bualan di media sosial di mana ramai netizen menghentam Jocelyn kerana tidak sensitif dan melampaui batas.
Malah, kini dia juga telah menyahaktifkan akaun Instagram dan Twitter dipercayai selepas ramai netizen membuat laporan tentang akaun media sosialnya.