Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Bukan Isteri Saya Untuk Saya Kayakan” – Aliff Syukri Perjelas Dakwaan Wani Comel

Menafikan segala tuntutan yang didakwa Wani Comel itu pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri, usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil buka mulut.

Advertisement

Menurut Aliff, beliau langsung tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang kepada gadis tersebut. Bahkan memaklumkan kepada umum bahawa Wani bukanlah isteri mahupun ibu bapanya untuk dijaga dengan kemewahan.

“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan. Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan. Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan.”

Ujar Aliff lagi, dirinya juga tampil menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga Wani.

“Saya hanya membantu adik Wani bukan keluarga. Keluarga dia ada kaki tangan dan boleh berjalan. Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement. Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.”

Advertisement

Kata Aliff beliau memang benar-benar mahu membantu Wani kerana akui masalah yang dilalui Wani bukanlah sesuatu yang biasa.

“Itu pun dia curi-curi beli makan kat luar tanpa pengetahuan. Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi bersaiz super. Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu.”

Tambahnya lagi, beliau juga faham bahawa ramai kini yang terkesan dari segi kewangan susulan pandemik COVID-19, namun dirinya tetap menyeru kepada pihak berkenaan supaya tidak mudah mengambil jalan pintas.

“Tapi janganlah ambil jalan pintas, carilah kerja, senang-senang meminta. Carilah kerja kaki dah ada tangan dah ada. Perlu diingatkan saya bukan rumah atau pusat kebajikan.”

Disoal mengenai perjanjian bayaran RM3,000 secara bulanan, Aliff menjelaskan kesemua itu sudah ditulis pada kontrak tersebut. Bahkan beliau juga seakan tidak menolak bahawa wujud pihak cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya dan tidak teragak-agak untuk membawanya ke pihak berkuasa.

“Dalam perjanjian tersbeut jelas menyatakan pemberian akan diberi atas budi bicara yang tertera tulis di dalam kontrak. Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi. Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda.”

Terdahulu selain haknya sebagai duta produk dinafikan, Wani difahamkan membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Aliff dan mendakwa beliau ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan pihak berkenaan.

Sumber: Gempak

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. TAMPARAN

    December 9, 2020 at 9:36 am

    MOVE ON LAH WANI OIIII. NE LAH ORANG MELAYU, SUKA JER MINTA2. BEKERJA LAH NAK. SEBENTAR LAGI NAK MASUK 2021.

  2. Anonymous

    December 8, 2020 at 4:39 pm

    Tak taula siapa salah siapa benar.. tapi sekiranya adik comel ni dianiaya, semoga Allah balas perbuatan si penganiaya dgn balasan setimpal kepada kau dan keluarga. aku doakan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama