“Dia Bukan Beragama Islam Tapi..” – Yazmin Aziz Akui Tak Sabar Nak Ajar BF Puasa

Hiburan

“Dia Bukan Beragama Islam Tapi..” – Yazmin Aziz Akui Tak Sabar Nak Ajar BF Puasa

Penyanyi dan pempengaruh media sosial iaitu Yazmin Aziz meluahkan rasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan dan hari perayaan Aidilfitri bersama kekasih baharunya, Austin Veloso.

Menurut Yazmin, dia sudah merancang untuk membelikan baju Raya untuk Austin dan berhasrat untuk mengajar atlet bola keranjang dari Hong Kong itu berpuasa di bulan Ramadan.

Advertisement

Tambah penyanyi berusia 22 tahun itu, Austin menunjukkan minat untuk mendalami budaya dan agama kerana sering bertanyakan mengenai Islam.

Walaupun dia bukan beragama Islam, tapi dia sangat menghormati agama lain. Dia sebenarnya teruja untuk sambut Ramadan dan ada akan cuba untuk latih dia berpuasa.

Malah, Yazmin memaklumkan dia juga pernah menunjukkan video-video dirinya membuat kontent di bulan puasa dengan memakai telekung kepada teman lelakinya itu dan dia menunjukkan minat ingin tahu.

Saya nak kenalkan budaya kita kepada dia. Tahun ni, saya akan belikan dia baju raya dan kami akan pakai warna sedondon.

Dalam pada itu, penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina itu berkongsi sikap keperibadian Austin yang membuatkan dirinya jatuh hati kepada lelaki berasal dari Kanada itu.

Apa yang saya suka sangat dekat Austin ni sebab dia boleh terima saya seadanya. Saya tak tahu kenapa tapi kali ni saya dapat rasakan perasaan yang lain bila dengan Austin.

Bukan itu sahaja, Yazmin berkata dia dapat merasakan hubungan mereka akan berkekalan memandang dia sudah memaklumkan kepada Austin bahawa dia berpacaran dengan tujuan untuk berkahwin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Harap Pihak Sana Cepat-Cepat Lepaskan, Saya Tak Mahu Hidup Lama Sangat Macam Ni" - Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...