“Dia Bukan Begitu..” Ika Nabella Enggan Ulas Berlebihan Isu Kontroversi Nonny Nadirah

Hiburan

“Dia Bukan Begitu..” Ika Nabella Enggan Ulas Berlebihan Isu Kontroversi Nonny Nadirah

Masih belum tamat kontroversi mengenai Nonny Nadirah di mana dia baru-baru ini tampil memuat naik foto berendam dalam besen sehingga menampakkan separuh badan.

Advertisement

Namun, bagi Ika Nabella yang merupakan rakan seperjuangan Nonny ketika Akademi Fantasia musim ke-6, dia mengakui bahawa dirinya sedih melihat perubahan Nonny namun enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana beranggapan bahawa setiap manusia mempunyai dugaan tersendiri dalam kehidupan masing-masing.

Meskipun tidak memberi penjelasan serta komen lanjut seperti yang dilakukan rakan-rakan Nonny yang lain, jelas Ika bukan bermaksud dia tidak ambil tahu perihal mengenai sahabatnya itu.

“Saya nak cakap tak perlu cari saya, mesej atau kemas kini apa-apa. Bukannya saya tidak ada IG dia. Takkan sebab saya tak komen apa-apa, tak muat naik apa-apa anda semua ingat saya tak tahu apa jadi.Saya ‘follow’ dia di IG, saya nampak apa dia muat naik. Sungguh pilu, saya menangis dan memikirkannya sejak hantaran pertama.”

Tambah Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim yang turut berkongsi pengalamannya berkawan dengan Nonny menjelaskan bahawa hati budi pelakon drama Melankolia bukanlah seperti apa yang dilihat seperti di media sosial baru-baru ini.

“Saya kenal hati budi dia. Dia bukan macam tu. Kalau dulu saya selalu menjadi yang jahat. Dia pakai seluar pendek pun tak reti. Singlet pun tak tau pakai saya yang mengajar dia fesyen bodoh. Dia tak pernah nak ikut pun. Malu dia kata. Dia ada prinsip, dia tau tujuan hidup dia.”

Dia dalam pada itu turut memberi pesanan kepada Nonny agar menghubunginya jika mahu berkongsi sebarang masalah meskipun mengetahui pelakon wanita itu lebih gemar menyimpan masalah daripada menceritakan kepada orang lain.

Terdahulu, Nonny menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi video dan foto seksi yang ternyata telah mengejutkan peminat dan juga rakan artis.

Namun, usaha untuk mendapatkan jawapan daripada Nonny masih lagi gagal kerana dia masih tidak dapat dihubungi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...