“Dia Buka Seluar, Masukkan Pen*s Dalam Mulut Saya” – Wanita Dakwa Dirogol ‘Butler’ Hotel Di Maldives, Tapi Polis Pula Suruh Pulang

Trending

“Dia Buka Seluar, Masukkan Pen*s Dalam Mulut Saya” – Wanita Dakwa Dirogol ‘Butler’ Hotel Di Maldives, Tapi Polis Pula Suruh Pulang

Seorang pelancong yang bercuti di Maldives baru-baru ini menggunakan Twitter untuk menceritakan pengalaman buruknya dan berharap agar dia mendapat bantuan.

Menurut wanita dikenali sebagai Yoly itu, dia tinggal di sebuah hotel mewah di sana dan sepatutnya pulang pada 10 Jun tapi membuat keputusan untuk memanjangkan percutian.

Advertisement

Ketika proses mendaftar masuk ke bilik, dia dibantu oleh seorang butler bernama Usham yang turut menerangkan tentang semua kemudahan hotel kepadanya.

hotel

 

Butler mula tanya banyak soalan

Semuanya bermula apabila dia meminta bantuan hotel untuk menghubungi keluarga kerana telefon bimbitnya tidak boleh berfungsi disebabkan terkena air.

Lelaki yang sama, Usham tiba di depan biliknya dan meminjamkan telefonnya kepada Yoly dan akhirnya dia dapat bercakap dengan ibunya.

Namun, dakwa wanita berasal dari China itu, ketika berada di dalam bilik Usham mula bertanya mengapa dia bercuti berseorangan dan apa aktivitinya pada malam semalam.

Dia duduk atas katil dan mula bersembang dengan saya. Dia tanya saya tinggal di mana, kenapa datang seorang, adakah saya tidur di luar tepi kolam renang. Apabila saya perasan dia perhatikan saya, saya tukar topik.”

Usham kemudian beredar namun kembali ke bilik Yoly semula untuk memaklumkan bahawa ibunya ada menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat.

 

Ajak bersetubuh

Waktu itu, Usham sekali lagi cuba untuk bersembang dengannya dan sambil mengunyah chewing gum, dia bertanya jika Yoly mahu menciumnya.

Dia tolak saya ke atas katil dan terus buka seluar dan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut saya, dua kali. Dia kemudian menyentuh kemaluan saya dan cuba untuk bersetubuh.”

Selepas tidak berjaya, Usham didakwa tetap meneruskan perbuatan jijik dengan beronani sambil menyaksikan Yoly yang sudah membaluti badannya dengan selimut.

Bagaimanapun, dakwa Yoly lagi selepas dimaklumkan, pihak hotel menghantar dua staf yang kemudiannya merampas laptop dan tuala (bukti air mani).

yoly2

yoly1

 

Pihak hotel dan polis tak membantu, suruh segera pulang

Yoly turut mendakwa pihak hotel dan polis tidak membantu menyelesaikan apa yang berlaku malah hanya menyuruhkan pulang sebelum keputusan makmal keluar (sampel air liur dalam mulut).

Saya disuruh untuk tinggalkan hotel secepat mungkin dan mereka kata kes itu hanyalah antara polis dan Usham, tiada kena mengena dengan hotel.”

Sehingga kini, tidak permohonan maaf daripada pihak hotel malah dia turut dituduh sengaja mereka-reka cerita kerana mahu penginapan percuma.

Kamu kata saya buat begini untuk penginapan percuma. Saya sudah bayar harga penuh kepada hotel. Saya seorang Cina tinggal di Australia dan keluarga saya ternama dan kaya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...