“Dia Budak Baik & Sopan, Apa Yang Berlaku?” – Firdaus Wong Kongsi Perbualan Dengan Lelaki Pijak Al-Quran

Kehidupan

“Dia Budak Baik & Sopan, Apa Yang Berlaku?” – Firdaus Wong Kongsi Perbualan Dengan Lelaki Pijak Al-Quran

Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan bahawa individu yang sebelum ini dikaitkan dengan tindakan memijak al-Quran sebenarnya merupakan seorang Muslim dan mualaf.

Menerusi hantaran di Threads, beliau mendakwa pemuda berkenaan memeluk Islam pada 20 April tahun lalu dan menggunakan nama Muhammad Zain.

Advertisement

firdaus wong

“Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur kata. Dia menghubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ dan kejar saya untuk mengislamkan dia,” tulisnya.

Menurut beliau, pendedahan itu mengejutkan dirinya memandangkan insiden memijak al-Quran tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

“Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku kepada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovok atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya.

Dalam hantaran sama, Firdaus memaklumkan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi itu merupakan seorang mualaf yang telah mengucap syahadah pada tarikh yang dinyatakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki pijak alquran
2026-03-03 10:43:42

Lelaki Pijak Al-Quran Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tidak Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...