Baru-baru ini, pelakon Datin paduka Eina Azman telah mengadakan soft launching bagi sebuah produk terbaharunya menerusi live di laman TikTok.
Difahamkan, soft launching tersebut diadakan pada hari yang sama dengan tarikh ulang tahunnya yang ke-29.
Namun, apa yang menjadi tumpuan orang ramai ialah apabila suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden membuat kejutan semasa majlis berlangsung.
Menerusi video di laman TikTok, Kaiser dilihat tiba-tiba muncul dengan membawa sejambak bunga gergasi yang diperbuat daripada wang sempena hadiah hari jadi isterinya.
Terkejut dengan tindakan suaminya itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina binti Azman tidak dapat menahan sebak dan mempersoalkan tindakan suaminya yang hanya mendiamkan diri pada hari ulang tahunnya.
This year tak celebrate pun my birthday.. i don’t even blow my candle with my kids.. dia buat bodoh dengan saya, dia tak wish saya pun.
Jelasnya lagi, tindakan suaminya itu membuatkan dia ‘overtingking’ memandangkan sekarang banyak isu masalah rumah tangga yang melibatkan orang ketiga atau penyondol.
You buat I overthingking, nowdays kan banyak gila kes.. selalunya my birthday dia wish.. I never get that.
Dalam pada itu, suaminya dilihat berkali-kali memohon maaf kepada isterinya serta orang ramai dan menjelaskan terpaksa berbuat demikian untuk membuat kejutan hari jadi untuk isterinya pada hari launching tersebut.
Sorry everyone.. I wanted to surprise her sebab dia kan memang busy everyday. Ini first time on her birthday, dia bekerja.
@chantiqrich KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fyp??viral #lounching #chantiqrich