Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di wad hospital.
Prince Syed, yang sebelum ini dikenali kerana perniagaan laksanya serta tabiat ‘belanja emas’ untuk isteri, kini didakwa terlibat dalam isu membimbangkan selepas timbul cerita kononnya isterinya disihir gara-gara sudah lama tidak muncul di For You Page (FYP) serta tidak lagi menerima hadiah mewah daripadanya.
Namun, dakwaan itu berubah menjadi lebih serius apabila tular pula cerita bahawa Fatin sebenarnya menjalani pembedahan potong usus, dipercayai ada kaitan dengan promosi produk ubat kurus yang dikaitkan dengan perniagaan mereka.
Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan bahawa selepas insiden tersebut, Prince Syed dikatakan tidak membenarkan keluarga isterinya melawat di hospital.
Susulan perkara itu, ramai netizen mula mempersoalkan motif sebenar di sebalik pembedahan berisiko tinggi itu dan menyuarakan rasa simpati terhadap nasib Fatin.
Ruangan komen media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi, ada yang menzahirkan doa semoga Fatin segera pulih, sementara ada juga yang menuntut agar pihak berkuasa menyiasat kebenaran dakwaan tersebut jika terbukti berlaku unsur kecuaian atau paksaan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Prince Syed atau keluarga kedua-dua belah pihak berhubung situasi sebenar yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.
