Nyanyiannya dan rakan sekumpulan teruk dikecam selepas menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethopia dan dua lagu lain di sebuah majlis anugerah.
Bagaimanapun, kecaman diterima tidak melunturkan semangat salah seorang anggota The Gadys, Thamiera Chan untuk terus menonjolkan bakatnya.
Suara ‘sebenar’ Thamiera
Terbaru, video nyanyian Thamiera yang dikongsikan di akaun TikTok peribadinya mendapat perhatian serta turut meraih pujian ramai warganet.
Menerusi rakaman tersebut, dia menyanyikan lagu Tapi Tahukah Kamu rata-rata warganet yang mendengar berpendapat suara Thamiera sebenarnya lunak dan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia itu tidak sesuai untuknya.
Ada juga yang berpendapat Thamiera tidak dapat fokus pada nyanyiannya disebabkan rasa gugup atau teruja berada di atas pentas membuat persembahan.
Suara sedap sebenarnya
Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen-komen warganet yang memuji suaranya serta ada yang mendoakan agar perjalanannya dalam industri hiburan semakin berkembang.
Ramai yang menganggap pemilihan lagu yang salah menyebabkan nyanyian Thamiera tidak sedap didengari sebelum ini.