“Dia Boleh Lepak Bershisha..” – Kak Bed Luah ‘Penat’ Dengan Suami, Akui Pernah Lepas Geram Pada Anak

Hiburan

“Dia Boleh Lepak Bershisha..” – Kak Bed Luah ‘Penat’ Dengan Suami, Akui Pernah Lepas Geram Pada Anak

Kalau sebut saja nama pelakon Nadya Syahera, kita pasti terbayang sifatnya yang sangat ceria serta sering menghiburkan orang ramai dengan karenahnya yang kuat melatah itu.

Tetapi siapa sangka, wanita seceria Nadya juga ada memendam perasaan ‘berat’ dihati kerana suaminya yang sering sibuk bekerja di perantauan dan jarang membantunya di rumah.

Advertisement

Lebih menambahkan emosi di hati apabila suami sempat keluar ‘lepak’ bersama rakan-rakan, sedangkan Nadya bersusah-payah menguruskan hal-hal rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suaminya dan disebabkan itu fikirannya juga terganggu kerana sering memendam perasaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera)

Tambahannya lagi, dia turut berasa tersinggung dengan suaminya yang seakan-akan tidak mempedulikan tentang dirinya setiap kali Nadya ingin berkongsikan masalah yang dihadapi.

Dalam pada itu, pelakon ini turut mengakui sejak kelahiran anak bongsu mereka pada Mac lalu, dia tidak mempunyai me time yang berkualiti selain tidak mengambil khidmat pengasuh untuk menjaga anak-anaknya.

Nadya Syahera penat dengan suami

Biarpun gembira menuruti segala permintaan anak-anak, tetapi Nadya akui dirinya rasa bersalah terhadap mereka kerana sering terkena tempias apabila pelakon itu dalam keadaan tertekan serta sedih.

Sekadar info, Nadya serta suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohammad Dayyan, 6, dan yang terakhir Muhammad Barr, 3 bulan.

nadya syahera tak puas hati dengan sikap peniaga
2 years lalu

"Lama-Lama Hilang Sabar Juga Tau" - Nadya Syahera Rimas Dengan Sikap Peniaga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    July 16, 2022 at 6:40 pm

    Ntah lah, kerja keras dia kt luar nak senangkan anak bini jgk.

  2. Anonymous

    July 15, 2022 at 6:23 pm

    aku paham dia frust, tp cerita kt KRT dah laa….. buat anonymous, so org x tau.
    aku pun pernah ada dlm situasi yg sama…. penat kerja cari duit.
    dh penat cari duit, pegi beli barang2 pun kita….
    dh beli barang2 dapur, balik cuci2 susun2 pun kita….
    dah penat sediakan barang, memasak pun kita….
    dah penat memasak, mengemas pun kita….
    dah penat mengemas, hidang pun kita, basuh pinggan, lap meja, sapu lantai yang makan tumpah.
    masa tu mmg fikir takde suami pun takpe.
    tu baru urusan dapur, belum cerita kain baju nk basuh, nk sidai, nk angkat, nak lipat, nak iron, nak packing beg transit ank2.

    menangis dlm hati, xde ‘me time’, tak sempat urus diri sndr.
    bila dh settle urusan rumah, suami pulak mintak dilayan sdgkan badan dah rasa nk tumbang. bila tak diberi marah, protes, bergaduh, cari perempuan kt luar.

    bila pergi kaunseling, isteri salah, sbb tak pandai jaga kehendak suami. tak menambat hati suami. suami ckp, dia x pernah minta saya memasak, kemas rumah etc… ye lah bang…. kalau aku x masak, mmg nasi tu turun dari langit terhidang atas meja masuk mulut ank. kau x igt berat kau naik 90kg sbb makan kt rumah hari2.

    masa bercerai, aku kecewa sgt2 sbb aku all out bagi seluruh jiwa raga sampai diri sndr tak terurus, tp alasan suami, kita tak jaga dia. yg mkn pakai dia selama ni tu magik agaknya tiba2 tersedia.

    lepas tu baru aku sedar, lelaki tu bukan perlukan isteri.
    dia perlukan maid yg tak perlu dibayar gaji
    dan dia perlukan ‘pengasuh makan pakai’ yg boleh ditiduri

    smpai skrg aku teringat pegawai kaunseling yg ckp aku x jaga ‘keperluan’ suami tu. dia x paham2 aku penat. kalau kne pd anak perempuan dia, sama tak reaksi dia?

    • Eninomes

      July 17, 2022 at 5:42 pm

      Aku pon mcm ko sampai aku mintak.cerai.dia buat bodo je.aku sediakan rumah sebab dia kerja technician.masa kawen dia x kerja mak dia tlg bagi hantaran n mas kawen kot.lepas tu dia kerja gaji kecik aku sediakan rumah,mak aku belikan barang dlm rumah.ayah aku bayarkan pengajian dia yg balance sebab nak mudahkan dia sambung blajar.harammm sampai 12 thn kawen dia x sambung,pastu laasan x dpt kerja elok lg.anak2 sakit dwma swmua ku tanggung.nafkah aku puas gado2 aku mintak.200 je pon tp hawau susah.gaji aku habis untuk sakit demam maknan anak branak je.tp yela.salah aku la sebab pilih dia mak ayah aku kata..aku terpaksa pendam rasa..tp demi Allah sesen pon aku x halalkan kalau hak aku dia x bagi.

  3. Anonymous

    July 15, 2022 at 3:00 pm

    kesian suami..isteri dok canang aib suami kt umum.. jaga la air muka tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...