Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Boleh Jaga Saya Dengan Baik” – Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

elisya sandha dan uzair haqimy

Meskipun tak segan untuk memuat naik gambar bersama di laman media sosial sebelum ini, ramai nyata terkejut apabila pelakon Elisya Sandha dan anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy berkongsi mengenai majlis pertunangan mereka pada hujung minggu lalu.

BACA: (FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Elisya Sandha & Anak Shiela Rusly. Manis Betul!

Advertisement

Bakal melangkah ke fasa yang lebih serius tak lama lagi, Elisya mengakui bahawa dia memilih jejaka berusia 25 tahun itu untuk menjadi pasangan hidup kerana sering mengutamakan keluarga selain bertanggungjawab.

“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua.”

elisya sandha dan uzair haqimy

Kalau anda nak tahu, Sheila Rusly sudah pun mengenali Elisya sejak pelakon itu berada di bangku sekolah lagi. Malah dia berkongsi bahawa Uzair adalah cinta pertamanya. Wow!

“Kami berkenalan melalui Instagram pada 2016. Mula mengenalinya, saya tidak tahu dia anak pelakon dan penerbit disegani. Ketika itu, saya belum aktif berlakon. Hanya selepas sebulan berkenalan baru saya tahu siapa ibunya.”

Advertisement

Apabila ditanya mengenai tempoh pertunangan mereka, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memilih untuk mengunci mulut dahulu tantangnya.

“Buat masa sekarang, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doa yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu pasti dikongsi.”

Beruntungnya Elisya kerana bakal ibu mertuanya merupakan seorang yang sangat berbakat dalam bidang masakan. Malah pelakon itu dilihat tidak melepaskan peluang untuk belajar pelbagai menu baru daripada Sheila Rusly.

elisya sandha dan uzair haqimy

Elisya mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tidak sabar menantikan momen bermakna itu.

“Insya-Allah saya sudah sedia ke arah itu. Bagai ada hikmah tersendiri, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya ambil kesempatan belajar memasak dengan pelbagai menu.”

Rasanya dah tak lama dah nak bau nasi minyak!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    February 24, 2021 at 9:03 am

    Alah dik…lom tdo sebantal…lom dok serumah, bolehlah verangan yang indah-indah. Jangan konpiden sangat…
    Belajar-belajar jugak la masak dari youtuber/influencer masak yang lain – ramai yang hebat-hebat. Setakat belajar masak dari bakal mak mertua tu…tak ke mana la…

  2. Cik Salmah

    February 14, 2021 at 5:45 pm

    Ya Elisya. Lelaki rajjn bekerja tu bagus ,tak kira apa kerjanya. Ramai lelaki sekarang pemalas.

  3. anonymous

    February 5, 2021 at 11:32 am

    syok sendiri kesian

  4. Anonymous

    February 3, 2021 at 5:04 pm

    Ingatkan dapat menantu profesional doktor,peguam ke.yelah dh jodoh.moga bahagia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama