“Dia Boleh Jaga Saya Dengan Baik” – Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

Hiburan

“Dia Boleh Jaga Saya Dengan Baik” – Elisya Sandha Akui Anak Sheila Rusly Ialah Cinta Pertamanya

Meskipun tak segan untuk memuat naik gambar bersama di laman media sosial sebelum ini, ramai nyata terkejut apabila pelakon Elisya Sandha dan anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy berkongsi mengenai majlis pertunangan mereka pada hujung minggu lalu.

4 years ago

(FOTO) Sekitar Majlis Pertunangan Elisya Sandha & Anak Shiela Rusly. Manis Betul!

Advertisement

Bakal melangkah ke fasa yang lebih serius tak lama lagi, Elisya mengakui bahawa dia memilih jejaka berusia 25 tahun itu untuk menjadi pasangan hidup kerana sering mengutamakan keluarga selain bertanggungjawab.

“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua.”

elisya sandha dan uzair haqimy

Kalau anda nak tahu, Sheila Rusly sudah pun mengenali Elisya sejak pelakon itu berada di bangku sekolah lagi. Malah dia berkongsi bahawa Uzair adalah cinta pertamanya. Wow!

“Kami berkenalan melalui Instagram pada 2016. Mula mengenalinya, saya tidak tahu dia anak pelakon dan penerbit disegani. Ketika itu, saya belum aktif berlakon. Hanya selepas sebulan berkenalan baru saya tahu siapa ibunya.”

Apabila ditanya mengenai tempoh pertunangan mereka, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memilih untuk mengunci mulut dahulu tantangnya.

“Buat masa sekarang, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doa yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu pasti dikongsi.”

Beruntungnya Elisya kerana bakal ibu mertuanya merupakan seorang yang sangat berbakat dalam bidang masakan. Malah pelakon itu dilihat tidak melepaskan peluang untuk belajar pelbagai menu baru daripada Sheila Rusly.

elisya sandha dan uzair haqimy

Elisya mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tidak sabar menantikan momen bermakna itu.

“Insya-Allah saya sudah sedia ke arah itu. Bagai ada hikmah tersendiri, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya ambil kesempatan belajar memasak dengan pelbagai menu.”

Rasanya dah tak lama dah nak bau nasi minyak!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...