“Dia Bertegas Nak Kahwin Dengan Azlan..” – Nur Nilam Beri ‘Green Light’ Suami Berkahwin Dua, Dah Jumpa Bakal Madu Minggu Lalu

Hiburan

“Dia Bertegas Nak Kahwin Dengan Azlan..” – Nur Nilam Beri ‘Green Light’ Suami Berkahwin Dua, Dah Jumpa Bakal Madu Minggu Lalu

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah mengesahkan suaminya akan berkahwin lagi.

Dia telah mengizinkan Azlan berkahwin lagi kerana menghormati dan menyayangi suaminya.

Advertisement

nur nilam azlan komeng

Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya dah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana.

 

Semua orang cakap ia sekadar content tapi tak. Saya dah jumpa wanita ini minggu lalu. Tapi, sekarang Azlan tak bagi kata putus. Saya ada tanya, tapi dia mengelak.

Menurut Berita Harian, Nur Nilam turut memaklumkan wanita yang bakal menjadi isteri kedua Azlan ini mahu dia datang meminang dalam bulan puasa.

nur nilam

Wanita ini bertegas nak kahwin dengan Azlan. Wanita ini mahu saya datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah Aidilfitri ini.

 

Tapi, Azlan tak bagi kata putus. Kalau Azlan setuju, saya boleh pergi meminang tapi hari nikah saya tiadalah.

Dia turut berkata suaminya telah berjanji mahu berlaku adil dan akan mengendalikan soal rumah tangga dengan tenang.

nur nilam azlan komeng

Ramai suruh cerai tapi saya masih sayangkan Azlan. Jadi, saya hanya mampu berdoa mungkin Ramadan ni Allah makbulkan doa saya. Insya-Allah ada ganjaran sebalik ujian ini.

 

Kalau keputusan Azlan mahu berkahwin juga, saya kena reda. Saya pun tak tahu bagaimana sekarang sebab saya memang sibuk berniaga. Saya tak mahu ada tekanan perasaan.

Sebelum ini, Nur Nilam telah memberi bayangan dia bakal dimadukan kerana suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Nur Nilam talh mendedahkan suaminya sedang berdepan cabaran menjelang hari pernikahan apabila kerap bergaduh dengan bakal isterinya.

nur nilam ortiz azlan komen nak kahwin baru
4 days ago

"Suami Orang Bercinta Macam Ni Eh.." - Nilam Beri Bayangan Azlan Komeng Bakal Bernikah Satu Lagi, Rakam Tengah 'OTP' Dengan Bakal Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...