Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan apabila namanya sering dikaitkan dengan isu rumah tangga Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana.
Abby Abadi tampil mengulas mengenai isu itu di TikTok dan memaklumkan bahawa dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana tidak tahu siapa yang menjadi ‘penyondol’ dalam perkahwinannya bersama Norman Hakim ketika itu.
Sebab dia kata dia sibuk penggambaran, bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum jeng..jeng..jeng..
Dia juga berkata bahawa insiden kekecohan di set penggambaran lakonan bekas suaminya pada waktu itu hanyalah untuk mendapatkan penjelasan dan bukan bergaduh.
View this post on Instagram
Tambahnya, dia bukanlah jenis seorang yang ‘bercerita’ mengenai hal peribadi dan menganggap bekas suaminya bernasib baik gara-gara sikapnya itu.
Kes saya dulu banyak yang tak tahu macam-macam hal sebab saya simpan sorang ya. Apa yang saya boleh cakap, ex dulu sangat bernasib bai sebab saya kurang bercerita.
Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum bercerai 7 tahun kemudian. Norman kemudian bernikah dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan Abby pula bertemu jodoh dengan suaminya kini, Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015.