“Dia Berkira Dengan Saya Tapi Tidak Pada Isteri Pertama” – Wanita Kahwini Suami Orang Bergaji RM80K Menyesal

Kehidupan

“Dia Berkira Dengan Saya Tapi Tidak Pada Isteri Pertama” – Wanita Kahwini Suami Orang Bergaji RM80K Menyesal

Di laman Facebook baru-baru ini, terdapat satu perkongsiaan seorang wanita yang berusia 39 tahun menjadi isteri kedua untuk seorang lelaki yang bergaji RM80,000.

Biarpun duit tidak menjadi masalah buat wanita itu kerana turut mempunyai gaji yang lumayan, tetapi kebahagiaan yang dibayangkan dalam perkahwinan tidak dapat dirasai olehnya.

Advertisement

Kata wanita itu, sewaktu bercuti dia sangat terasa dengan suami kerana terlalu berkira dan mempertikaikan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan.

facebook

Biarpun usia perkahwinan mereka baru saja memasuki 5 bulan, wanita tersebut sudah memikirkan untuk berpisah dengan suami.

Lagi membuatkan hati dia berbolak-balik, si suami kini mendiamkan diri dan membiarkannya terkontang-kanting seorang diri seperti bergantung tidak bertali.

Bukan itu saja, malah nafkah juga sudah tidak diterima dan diberhentikan tanpa membuat sebarang perbincangan.

Pada mulanya dia memujuk tetapi setelah berulang kali mencuba untuk perbaiki hubungan itu, kini dia sudah penat dengan perangai lelaki terbabit.

Skandal tempat kerja
9 months ago

"Tutup Maksiat Dengan Rajin Solat" - Skandal Suami Isteri Di Pejabat, Individu Kesal Selalu Jumpa Tisu Penuh Kesan Air M*ni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...