Seorang wanita mendedahkan suaminya pernah digganggu oleh Alya Iman pada waktu aktres itu belum berkecimpung di dalam industri hiburan.
Menerusi ruangan komen di TikTok, wanita tersebut telah membuat pendedahan itu pada hantaran yang memaparkan berita tentang Sophia Albarakbah dan Alya Iman.
Dakwa wanita berkenaan ketika perkara itu terjadi, aktres tersebut bekerja sebagai model hijab dan asyik cuba menghubungi suaminya tanpa henti.
Dia beria call dan text suami saya non stop walaupun tahu masa tu husband I dah bertunang dengan I dan lagi berapa bulan nak kahwin.
Tambah wanita berkenaan, suaminya (ketika itu tunang) berurusan dengan bapa Alya Iman yang merupakan aktor terkenal iaitu arwah Azmin Mustapha atas dasar kerja.
Wanita itu juga mendakwa Alya kemudian pusing cerita dan berkata lelaki itu pula yang mengganggunya. Bagaimanapun, dia mendoakan yang terbaik dan berharap aktres tersebut berubah.