Sudah jadi trend ketika ini seseorang meluahkan perasaan dan pendapat atau dipanggil confession di aplikasi media sosial menggunakan identiti ‘anonymous‘.
Kadang kala confession itu dibuat menerusi ruangan soal jawab atau ada juga yang terus menghantar mesej kepada ‘tweetfamous’ untuk disiarkan menerusi ciapan.
Seperti baru-baru ini, di mana satu akaun Twitter telah berkongsi direct message yang diterimanya daripada salah seorang pengikut.
Menerusi ciapan tersebut, anonymous yang dipercayai seorang wanita itu telah meluahkan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap abang iparnya sendiri.
Malah, dia turut mengaku berasa cemburu melihat kakaknya dan abang ipar bergurau senda. Bukan itu sahaja, kadang kala dia sengaja datang dan tidur di rumah kakak semata-mata kerana mahu tengok abang iparnya.
Aku crush dekat abang ipar sendiri. Dia perfect husband ever. Memang dia yang handle anak, kemas rumah dan masak.”
Bukan setakat datang untuk tidur, dia juga mengaku pernah pura-pura sakit di bahagian bahu kerana mengimpikan abang iparnya tolong urut.
Crush kat abang ipar. pic.twitter.com/DMxsL5eOat
— Emosi (@ConfessTweetMY) October 8, 2022
Anonymous terbabit turut meminta pendapat orang ramai bagaimana dia mahu buang perasaan tersebut. Meskipun tahu ia salah namun dia tidak tahu bagaimana kerana sudah ‘tersuka’ abang ipar sendiri.
Ciapan tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di Twitter di mana ada yang yang tak boleh nak ‘brain’ dengan confession tersebut.
Ada yang menyindir dia gatal dan sesetengah dilihat memberi cadangan agar dia berhenti datang rumah kakak serta jangan fantasi tentang abang ipar.
Beberapa netizen dilihat membuat andaian bahawa anonymous berkenaan merupakan seorang lelaki yang suka dengan lelaki lain atau homoseksual.