Sebelum ini influencer serta Guru TikTok, Boss Kay telah pun melafazkan talak terhadap isteri keduanya, Cik Pia melalui rakaman video di aplikasi WhatsApp pada bulan Mac lalu, namun sehingga ke hari ini masih berlarutan kemelut antara mereka.
Difahamkan, anak kedua Cik Pia iaitu Baby Arumi ketika ini sudah pun berusia 6 bulan. Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, sememangnya dia berasa sedih kerana anak-anak langsung tidak merasai kasih sayang daripada seorang bapa, Boss Kay.
Bukan kesedihan itu saja yang perlu dihadapinya, malah wanita itu turut terpaksa berjauhan dengan anak-anak atas sebab kerja kerja yang mana hasilnya untuk melangsaikan hutang bekas suami.
Sementara ibu anak dua ini bersusah payah menanggung keluarga kecil itu, pihak sana boleh bercuti dengan isteri baru tanpa pernah rasa bersalah tidak memberi sebarang nafkah kepada mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa kecewa dengan tindakan pihak sana selepas melihat luahan Cik Pia serta menyifatkan seseorang itu tidak akan kisah dengan kehidupan barunya bersama isteri baru asalkan mampu menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.