“Dia Berani, Saya Percaya Firdaus Wong Dapat Bantu Kami Dalam Kes PU Azman – Saksi Ke-8

Hiburan

“Dia Berani, Saya Percaya Firdaus Wong Dapat Bantu Kami Dalam Kes PU Azman – Saksi Ke-8

Saksi ke-8 perbicaraan kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti PU Azman mendedahkan bahawa dia meminta bantuan pendakwah Firdaus Wong Wai Fung kerana dia boleh dipercayai dan mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa.

Ujar penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki,52, Firdaus juga dianggap sebagai seorang yang berani dan mempercayai figura itu dalam usahanya untuk mendedahkan kerja jijik melibatkan agamawan.

Advertisement

Dia (Firdaus) jenis orang yang ada ‘connection’ dengan peguam, pihak berkuasa, dia berani, tahu cara kalau buat aduan dia akan semak semula sama ada betul atau main-main.

Saya letakkan sudut kepercayaan kepada Brother Wong untuk bantu kami.

Jelas Isfadiah lagi, dia sedar mengenai risiko mengenai tertuduh yang mempunyai ‘nama besar’ dan enggan mengaibkan mana-mana pihak.

Betul mangsa boleh terus buat laporan polis, tetapi saya tahu yang dituduh ini ada nama dan pengaruh besar, saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Saya perlu pilih saluran atau pegawai polis yang betul agar perkara ini tidak tersebar.

Terdahulu, saksi ketujuh kes tersebut mendakwa PU Azman pernah melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga keluar air mani.

PU Azman telah didakwa di atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas beberapa remaja lelaki. Kes perbicaraan baru sahaja disambung awal minggu ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Saksi Dedah PU Azman Minta Mangsa Untuk Menghisap Kemaluan Sehingga Keluar Air Mani & Bercium Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...