Disebabkan ruangan komen teruk dikecam oleh warganet, kekasih selebriti, Yazmin Aziz iaitu Simon Joseph Javier tampil mendedahkan ibu penyanyi itu juga ada sewaktu dirinya melakukan kejutan hari lahir Yazmin.
Ibu Yazmin Aziz turut sertai
Dapat dilihat dalam perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok, Simon berterima kasih kepada ibu Yazmin kerana membenarkannya untuk menghias serta membuat kejutan di dalam bilik hotel mereka.
Terima kasih kepada ibu Yazmin kerana menyokong saya. Dia membenarkan saya untuk buat kejutan kepada Yazmin di dalam bilik mereka.
@simonjosephjavier Surprising my future wifey on her 24th birthday in Kazakhstan 🎂🥹❤️ You’re the best and I will always make you happy. You deserve nothing but love baby! I love you so much @Yazmin Aziz ♬ original sound – Simon Says Vlog 🔥
Mahu sambut bersama keluarga yang lain
Tambahannya lagi, dia turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menyambut hari lahir Yazmin serta berharap hari istimewa itu dapat disambut bersama ahli keluarga yang lain.
Nanti kita sambut dengan seluruh keluarga pula. I love you baby, Yazmin.
Sebelum ini, netizen berasa kurang senang apabila melihat Simon membuat kejutan hari lahir untuk Yazmin di sebuah hotel dan didakwa hanya berduaan seakan-akan sudah berkahwin.