Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ada memberikan kata-kata semangat buat Shila Amzah yang kini sedang dalam proses penceraian. Menerusi perkongsian Shila di Instagram, dia mendedahkan telah pun memfailkan penceraian dan sudah dua bulan tidak sebumbung dengan suami, Haris Idraki.
Gara-gara komen diberikan Sharnaaz itu, peminat dikatakan teruja dan mendoakan agar dia dan Shila kembali bersama. Bagaimanapun, menurut pelakon filem Jebat itu doa sebegitu tidak sesuai untuk situasi kerana Shila masih bergelar isteri orang.
Doa itu bagus. Tapi rasanya tidak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.”
Shila belum cerai lagi. Jadi, kena hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.”
Sharnaaz turut meminta semua pihak agar memberi ruang kepada Shila mengharungi dugaan ini. Katanya lagi, dia percaya Shila seorang wanita yang kuat dan perlu mengutamakan anak.
Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is built like a tank too.””
Dia kuat, insyaAllah dia akan okay. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat.”