Tular dakwaan seorang pendakwah dari Indonesia yang menuduh pernikahan pasangan selebriti Sabri Yunus dan Angeline Tan baru-baru ini tidak sah.
Empunya badan, Sabri telah memberikan respon panjang menerusi hantaran di Facebook sebelum ini di mana dia berkata tuduhan mereka dikira berzina itu sangat berat.
Terbaru, isteri Sabri yang ditanya tentang responnya terhadap tuduhan pendakwah itu memberikan jawapan ringkasnya tetapi padat malah cukup sopan pertuturannya.
Kata Angeline, dia tidak mengambil pusing dengan dakwaan itu kerana apa yang penting dua orang wali yang sah di sisi agama telah mengatakan ‘sah’ ketika majlis itu berlangsung.
Aktres itu turut merendah diri berkata dia masih belum tahu banyak perkara tentang hukum hakam dalam Islam namun dia yakin pendakwah tersebut tahu apa hukum memfitnah.
Bagi saya, kalau wali sah kata sah maka ianya sah. Dia bukan wali sah kita, jadi apa dia cakap tak sah. Dia orang yang belajar tinggi, dia lebih faham kalau fitnah macam ni apa hukumnya.
View this post on Instagram