‘Viral’ di TikTok kebelakangan ini, seorang lelaki yang dikenali sabagai Acak East berkongsi kisah sedih tentang sahabatnya didera oleh isteri selama mendirikan rumah tangga.
Melalui perkongsian itu, Acak menceritakan hidup rakannnya seorang ‘rider’ makanan yang sering minta bekerja tanpa henti kerana gaji yang diterima tidak cukup untuk isteri dan dua anaknya.
Balik kerja, isteri dia hidangkan nasi putih dengan ikan goreng je setiap hari. Sampai keluar air mata, kata rindukan zaman bujang.
@acak_east Replying to @_u m i e h m z h_ kau bagi kawan aku mandi air kumbahan dan bagi bangkai ikan kau perempuan jenis apa ni dan isteri jenis apa ni..Aku tak pernah jumpa perempuan seteruk kau dan aku harap kau akan dapat balasan dengan apa yang kau buat #derhakaseorangisteri #fyp #foryou #foryoupage #lakibini #lumrahkehidupan ? Menyentuh Hati – Yuda pratama
Kerana tak tahan dengan hidup begitu, arwah memutuskan untuk menceraikan isterinya dan terpaksa hidup berjauhan bersama anak-anak.
Acak turut terkejut apabila kawannya itu meluahkan yang diri pernah diterajang isteri kerana pulang tanpa duit.
Arwah sebenarnya mengidap penyakit dan dah tak ada masa yang lama untuk hidup. Dia titipkan duit untuk anak-anak serta menyatakan dirinya dah memaafkan bekas isterinya.
Selepas video pertama tular, bekas isteri arwah menghubungi Acak dan mengaku telah mendera arwah dulu. Dia juga meminta duit tersebut, namun Acak memegang amanah diberikan dengan sebaiknya.
Kau bagi kawan aku mandi air kumbahan dan bagi bangkai ikan. Aku tak pernah jumpa perempuan seteruk kau.
Disertakan juga beberapa perbualan antara Acak dan bekas isteri arwah yang tidak menunjukkan simpati sama sekali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.