Susulan kes tangkap khalwat, dua sahabat pelakon Ruhainies iaitu Zahar dan Fyzal memaklumkan aktres terbabit kini lebih banyak berdiam berbanding sebelum ini.
Beri kata-kata nasihat untuk Ruhainies
Sebagai sahabat baik, dua lelaki terbabit menasihati Ruhainies agar tidak membaca komen-komen di platform media sosialnya yang ditinggalkan oleh netizen.
Bagaimanapun, dia tahu perkembangan berlaku. Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial.
View this post on Instagram
Yakin Ruhainies tak buat hal tak senonoh
Dalam pada masa yang sama, Zahar yakin bahawa rakannya itu tidak terlibat dalam aktiviti tidak senonoh sebegitu.
Malah, untuk seseorang selembut dan sebaik Ruhainies, mereka berdua terkejut apabila mendengar khabar berita aktres itu ditangkap khalwat.
Tiada di tempat kejadian
Sementara itu, Fyzal menegaskan bahawa dia dan Zahar bukanlah pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berada di tempat kejadian.
Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.
Sekadar info, 8 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium milik aktres terbabit.