“Dia Artis Antarabangsa, Kami Tengok Di IG Saja..” Shiera Ijoy Akui Tidak Ambil Tahu Keberadaan Sakinah

Hiburan

“Dia Artis Antarabangsa, Kami Tengok Di IG Saja..” Shiera Ijoy Akui Tidak Ambil Tahu Keberadaan Sakinah

Semalam pelbagai desas-desus daripada netizen muncul apabila pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsikan video bersama kekasih hatinya iaitu Michael Hansen sedang bersenam namun kelihatan seperti bukan dalam negara Malaysia.

Lalu, muncul spekulasi yang mengatakan pelakon wanita itu sudah pun berhijrah dan meninggalkan Malaysia bersama tunangnya.

Advertisement
Sharifah SakinahSumber : Instagram Sharifah Sakinah  

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,32, ada dihubungi media menerusi aplikasi Whatsapp namun hanya memberikan jawapan “hehehe. Tak Kot.’ kepada media.

Enggan memberikan sebarang komen, ruangan komen video tersebut terus dihujani pertanyaan sama ada dia benar-benar telah pergi meninggalkan keluarganya atau sekadar ‘throwback’ semata-mata.

Tidak kurang juga ada mendakwa Sakinah dan Michael telah pun bernikah tanpa pengetahuan peminat di Malaysia.

Sharifah Sakinah MichaelSumber : Google  

Sementara itu, kakak kepada Sakinah iaitu Sharifah Shahira yang lebih mesra disapa sebagai Shiera berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai keberadaan adiknya itu.

“Cuba tanya dia (Sakinah) sendiri. Dia di sana (luar negara) kita tak tahu. Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak tak sempat nak jaga Sakinah.” kata Shiera.

Sempat berseloroh, Shiera memberitahu bahawa adiknya itu sudah cukup dewasa dan pandai menjaga diri sendiri.

Sharifah ShahiraSumber : Google  

“Susah sangat artis antarabangsa. Tolong tanyakan dia kat mana. Kami tengok dekat Instagram sahaja. Dia sudah besar, saya nak rotan ke? Dia pandai jaga diri. Takkan nak ikat dia kat pokok. Ramai budak pergi Jepun umur 16 tahun sebab pertukaran pelajar. Anggaplah dia (Sakinah) pelajar.”

Terdahulu Sakinah ada berkongsikan masalah mental yang dihadapinya iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) kini semakin teruk dan memerlukan dia untuk menjalani rawatan khusus.

Sakinah juga memaklumkan bahawa dia bakal bernikah dengan Michael dijangka pada Mei ini dan akan berhijrah ke luar negara bersama bakal suaminya itu nanti untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...