“Dia Angkat Suaminya Selepas Jatuh..” – Lufya Omar Akui Kekuatan Bella Astillah Sebagai Wanita, Sering Dahulukan Suami

Hiburan

“Dia Angkat Suaminya Selepas Jatuh..” – Lufya Omar Akui Kekuatan Bella Astillah Sebagai Wanita, Sering Dahulukan Suami

Susulan pendedahkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah semalam, rakan artisnya iaitu pelakon Lufya Omar turut tampil memberi respon terhadap isu tersebut. Katanya, dia amat kagum dengan sifat Bella yang kuat dalam menghadapi dugaan meskipun menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Tebalkan muka

Menerusi sebuah hantaran Instagram story baru-baru ini, Lufya berkata Bella seorang wanita yang sangat penyabar dan kuat. Menurutnya, pertama kali dirinya berjumpa dengan aktres tersebut adalah ketika Bella sedang dilanda kontroversi Aliff Aziz curang buat kali pertama namun Bella masih menerima suaminya ketika itu.

Advertisement

Pertama kali jumpa Bella di rumah saya iaitu ketika majlis baby shower (mengandungkan Haura). Masa tengok Bella dengan A (Aliff Aziz), ketika itu kes curang tengah pertama kali. Hebat betul dia move on.

 

Terima suami dia walaupun 1 Malaysia suruh dia bercerai. Dia tetap tebalkan muka bawa suami pergi majlis seperti tak ada apa yang berlaku. Betapa dia angkat suami dia selepas jatuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

Harap Bella move on

Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar rakan artisnya itu tidak lagi memberi peluang kepada suaminya seperti sebelum-sebelum ini kerana hal yang sama tetap berulang. Pelakon ini berkata Bella harus menamatkan perkara ini dan tidak berpatah semula kepada Aliff.

Dah cukup Bella, no turning back.

instagram

Terdahulu, Bella menjelaskan dakwaan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon baru ini hanyalah kerana ingin membuat Aliff cemburu. Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan suaminya yang sudah curang 11 kali dan hubungannya dengan aktres Ruhainies bukanlah sekadar teman biasa.

ibu aliff aziz
9 months ago

“Nak Kata Dia Penyanyi Hebat Tak, Pelakon Hebat Tak Juga” - Kantoi! Rakan Sekolah Rekod Ibu Aliff Aziz Aibkan Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...